Sebelum mendapatkan petua ini saya nak beritahu anda siapa pencipta contact lens moden. beliau adalah ahli kima Czech , Otto Wichterle.

Ok saya bahagikan petua ini kepada bahagian berikut.

Petua Memakai

  • cuci dengan sabun dan keringkan tangan sebelum memakai atau mengeluarkannya
  • gosok perlahan-lahan paling kurang 10 saat
  • bersihkan selalu bekas contact lens anda
  • jangan guna semula larutan dalam bekas kanta lekap
  • jika tamat tempoh, jangan digunakan lagi larutan multpurpose
  • jangan pakai melebihi had tempoh pemakaian kanta lekap
  • jangan terus memakai kanta lekap jika mengalami simptom luarbiasa. Selepas pulih, baru lah anda memakainya

Petua Mekap

  • pakai dulu contact lens sebelum mekap
  • guna solekan anti alergi
  • pilih pembayang mata jenis krim kerana ia jarang masuk ke mata
  • atau pembayang mata berasakan air
  • jika masih memilih jenis debu, tutup sementara mata anda sambil menyapu pembayang debu tersebut
  • jika guna celak, gunakan jauh sedikit dari alis mata

p/s. untuk pengetahuan umum di bawah ini adalah mengenai cara memakai kanta lekap dan lain-lain petua.

How To Wear Contact Lens