Petua Malam Pertama

Bila tiba musim cuti persekolahan,ramai benar dari kita mendapat jemputan perkahwinan.Sekurang-kurangnya ada satu jemputan dalam sepanjang cuti tersebut.Dan salah seorang dari kawan-kawan kita sudah masuk ke alam rumahtangga yang mengandungi pelbagai cerita suka dan duka yang bakal dilalui.

Namun apa yang saya hendak fokuskan kali ini adalah mengenai petua malam pertama yang bakal dilalui oleh pasangan suami dan isteri.

Perlulah diingat bahwa yang dimaksudkan malam pertama bukanlah selepas selesai upacara raja sehari maka pada malam tersebut pasangan suami isteri terus melayari bahtera bersama.Malam pertama adalah apabila berlakunya pelayaran yang sah diantara suami dan isteri buat kali pertama dalam hidup mereka.Itulah hakikat sebenar yang dimaksudkan.Apabila dilakukan seks pada kali yang kedua maka malam pertama di iktiraf sebagai malam pertama pasangan suami isteri sepanjang perkahwinan mereka.

Malam pertama tidak diiktiraf  apabila

  • isteri sedang mengalami haid
  • hubungan seks tidak sempurna sepenuhnya.Contohnya selaput dara tidak dapat dipecahkan.

Oleh itu supaya malam pertama menjadi kenangan yang abadi dan manis buat selama-lamanya maka berusahalah mencantikkan malam pertama anda.Bagi yang dah terlepas tu, gigit jari sudah lah.Hanya sampaikan petua malam pertama ini kepada rakan anda yang lain.

Antara petuanya

  • Langkah pertama mesti datang dari suami.Dalam hubungan ini orang lelaki mesti bertanggungjawab.
  • Suami mula dengan cerita yang memuji kecantikan dan peribadi isteri.Fokus kepada cerita itu sahaja.Sekiranya diubah cerita kepada halehwal yang lain seperti politik misalnya ,keghairahan tidak dapat di capai.
  • Belai isteri mengikut keselesaan nya bukan keselesaan suami.Fokus di sini adalah membangkitkan dahulu keghairahan isteri.
  • Pastikan isteri mencapai klimaks dahulu ketika asmara.Apabila isteri meminta barulah suami berikan.
  • Semasa belayar lakukan dengan penuh keikhlasan,jangan bayangkan anda sedang meniru adegan yang anda pernah lihat dalam filem ‘blue’.Pelayaran ini adalah pelayaran anda.Anda adalah nakhoda yang mulia.
  • Apabila agak hendak sampai penghujung,berilah isyarat (mendesah) supaya isteri sama-sama akan melabuhkan pelayaran malam pertama itu.Dengan ini kedua-dua anda akan berpuas hati pada malam tersebut.

Selamat berbahagia hingga ke akhir hayat bagi pengantin baru.Sesungguhnya malam pertama adalah pengingat kepada suami isteri agar berbaik semula seandainya perkahwinan anda nanti mengalami sedkit kocakkan.

One thought on “Petua Malam Pertama

Leave a comment