RSS

Bayi Sembelit

Untuk bayi yang 2 atau 3 bulan usianya.

Masaalah : sukar nak buang air besar selama 2 atau 3 hari

Petua 1

  1. Beberapa helai daun kunyit di layur atas api sehingga layu
  2. Letak daun kunyit yang dah di layur itu di atas perut bayi

Petua 2

  1. gaulkan sedikit asam jawa dengan  air biasa
  2. jadikan nya  sedikit pekat
  3. sapukan di ubun-ubun
  4. sapukan di pusat

 

 
Leave a comment

Posted by on March 1, 2011 in kesihatan

 

Tags:

Petua Memikat Suami

Bagi para-para isteri yang ingin mendapatkan maklumat cara memikat suami sudah tentu ada cara yang tersendiri kerana anda sajalah yang tahu perangai suami anda.

Bagi isteri yang baru bernikah pula ingin terus kekal suaminya menyayangi dan menghormati akan kehadiran nya,

Pada bakal isteri pula akan mencari jalan supaya bakal suami sentiasa sayang sepanjang hayat.Umpama sahabat dan kasih sejati.

Untuk gadis dan wanita yang belum berkahwin,ianya boleh dijadikan pertambahan ilmu dan modal nasihat buat teman -teman nya yang sudah berkahwin.

Maka di bawah ini koleksi petua telah mengutip beberapa sumber di internet dan buku sebagai pertambahan ilmu dan panduan.

1. Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita.

2. Bila suami balik dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum kita membuat kerja-kerja lain.

3. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan suami sepanjang hari. ( jika suami dalam mood yang sesuai)

4. Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat.

5. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah suami. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati.

6. Ruangkan masa yang betul-betul “berkualiti” sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada suami.

7. Tanya ibu mertua, abang atau kakak ipar mengenai hadiah yang disukai oleh suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.

8. Masak resepi ibu mertua ( kegemaran suami )sekali-sekala.

9. Beri pujian terhadap penampilan suami – rambut, wajah, pakaian,kacak,kesederhanaan dan seumpamanya

10.Cepat-cepat pujuk bila suami marah atau berkecil hati.

11.Minta bantuan suami hanya jika sesuai – sesuai pada masa, tempat dan jenis profesyennya.

12.Elakkan suami dari menunggu terlalu lama terutama bila bersiap.

13.Bila suami memberitahu yang dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu. ( Lebih baik beritahu dari tidak beritahu langsung )

14.Bila suami meminta bantuan, buatlah dengan serta merta dengan ikhlas dan gembira dengan tidak mengungkit atau banyak komen. (Sesungguhnya Allah sangat gembira perbuatan yang demikian )

15.Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang -kurangnya 2 kali sehari.

16.Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.

17.Bila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya, hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan. ( jika boleh )

18.Bila ingin memesan barang untuk dibeli oleh suami, senaraikannya di atas kertas. Jangan buat suami terpaksa pergi ke kedai 2 atau 3 kali.

19.Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur.

20.Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari.

21.Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting atau kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami menggalakkannya.

22.Jika suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala, tanya bila dia akan pulang. Fahamilah, dia perlu bersendirian utk berfikir.

23.Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yg memerlukan penelitian.

24.Jika suami marah, jangan sekali-kali menjawab, hanya tunduk dan diam ( walau pun kita tak bersalah ). Terangkan keadaan yang sebenar selepas dia sejuk.

25.Bila meminta bantuan suami :- * terangkan pada suami dengan jelas mengenai kerja kerja rumah yang perlu bantuan. * Beri pilihan kerja yang disukainya. * jangan menyuruh-nyuruh * gunakan perkataan yg sesuai dan lemah lembut.

26.Pesan ke suami untuk menelefon rumah apabila out-station. Jangan marahi dia jika dia tidak berbuat demikian cuma terangkan akan kerisauan kita apabila tidak mendapat berita.

27.Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama walaupun suami berbau busuk, diamkan saja dan terima dengan hati yang sabar.

28.Sokong pendapat suami kalau pendapatnya berbeza dgn org lain.

29.Peluk dan belai suami sekali-sekala tanpa implikasi seksual.

 
Leave a comment

Posted by on October 15, 2010 in rumah tangga

 

Tags: ,

Cara Efektif Nak Buang Angin Dalam Badan

Di bawah ini adalah  petua yang dapat saya kutip tentang cara yang kemungkinan besar boleh buang angin dalam badan.

1..  bekam..boleh hilang kan jugak..tapi sakit sikit kot
2.   makan ubat lah
3.   mak aku kate kunyah halia
4.   pergi mengurut
5.   ambil minyak hangat sapu tang pelipat bawah peha,bawah peha dan     belakang buku lali
6.   buat urutan kaki
7.   kalau dapat, hindarkan pengambilan daging merah, lembu, kambing.
8.   buat sementara kurangkan makan kekacang kecuali soya
9.   kurangkan minum teh susu, nescafe, horlick
10. banyakkan air masak, teh o’ nipis, kopi o’ nipis

Tambah lagi kalau ada buat kita semua.Atau kalau tak betul pada mana-mana yang diatas tolong betulkan.

 
1 Comment

Posted by on March 17, 2010 in kesihatan

 

Tags:

Petua Nak Dapat Pakwe Best

Petua nak dapat pakwe yang best banyak tapi antara yang best adalah

1.Kenal hati budi

Kenali dulu  hati budi dan pegangan hidupnya. Untuk kenal orangnya, hati budinya, tanyalah kawan-kawan atau saudara mara nya tentang dirinya.Kiranya pasang spy lah.

2.Background agama

Pakwe yang ada pengetahuan agama biasanya akan respect kamu.Sebab dia akan menjaga ikatan perkahwinan sampai mati.Dia berani tegur kamu dengan ikhlas walaupun perit menerimanya.Sebenarnya dia sayang kamu dan mahukan kamu sebagai isterinya.

3. Sepadan dan setaraf

Tak semuannya betul.Kadang-kadang pakwe kaya pun boleh adjust baik dengan kehidupan cara miskin.Tapi kalau pakwe kamu setaraf dari segi ekonomi,cara hidup,fahaman dan pengetahuan agama ia adalah bonus untuk kamu.Jangan lepaskan nya.

4.Kasih

Pakwe yang kamu kenal tu ada rasa kasih terhadap kamu dan kamu juga lebih kasih kepadanya daripada pakwe-pakwe yang lain.Macam ada current antara dia dan kamu.Tapi bukan kasih kerana dia nak ‘body’ kamu.

Bila kasih ini wujud suruhlah mak bapak dia masuk meminang kamu.Nanti kamu akan gigit jari.

Klik di sini untuk mengetahui cara nak tackle pakwe yang kamu suka.

 
Leave a comment

Posted by on March 15, 2010 in rumah tangga

 

Tags: ,

Nak Kumpul Maklumat Tentang Sakit Kepala

Saya teringin nak kumpul maklumat tentang sakit kepala untuk tatapan pembaca blog ini.

Ringkasnya apa yang saya ingin kan adalah bagaimana caranya mengurangkan sakit kepala.

Jadi judul ebook nya (insyaallah saya akan buat) mungkin berbunyi…

“Petua Mengurangkan Sakit Kepala” atau

“Koleksi Petua Kurangkan Sakit Kepala”

Ini koleksi yang saya dah dapat.

1.Atuk saya kata kalau kepala sakit sangat ,himpun satu kilogram daun lemuni dan masukkan ke dalam sarung bantal.Lepas tu tidur lah beralaskan bantal tersebut.Insyaallah sakit kepala akan kurang.

2.Blend sebiji timun bersama gula secukup rasa.Minum hasilnya itu mengikut citarasa anda.

Jika anda ada beberapa petua tentang sakit kepala sudi-sudilah berikan nya di ruangan ini agar kita dapat menafaatnya.

 
Leave a comment

Posted by on March 12, 2010 in kesihatan

 

Tags:

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.